Sunday, 4 October 2015

Tips Belian 'Online' Benang Berjenama FUFUS

Entri: # 14
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Zulhijjah 20, 1436H
(4 Oktober 2015)

Salam kasih sayang.
Entri kali ini berkaitan pada beberapa pertanyaan mengenai bagaimana membeli benang sulaman jenama FUFUS.

Umum tahu, benang Fufus ini adalah jenama bagi benang sulaman untuk sektor industri. Walau bagaimana pun, benang ini juga boleh diguna pakai oleh penyulam yang beroperasi dari rumah. Benang Fufus ini diimpot dari negara Korea oleh syarikat Top Concord Sdn Bhd. Benang yang ditawarkan terdiri daripada benang sulaman pelbagai warna (satu size sahaja) dan benang gelendung atau benang 'bobbin' (terdapat tiga (3) saiz yang berlain berdasarkan berat buku benang)

Bagi yang berminat untuk membeli benang ini, kalian yang berdekatan bolehlah membeli terus di premis syarikat Top Concord sama ada di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, atau di cawangan-cawangannya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang atau di Batu Pahat, Johor. Di akhir entri nanti, cik azue masukkan alamat penuh setiap cawangan terbabit ya.

Bagi kalian yang berada agak jauh dari premis, kalian boleh membeli benang ini secara 'online' atau secara atas talian.

Bagi belian secara online, berikut merupakan langkah yang perlu kalian lakukan.

1) Menghantar email meminta sebut harga bagi benang yang kalian mahu berdasarkan berikut.

* Alamat email penerima: tcsb35@yahoo.com
Benang sulaman : 120 /D2 (small cone) dan sertakan kod benang sulaman        yang diingini (rujuk gambar berlabel 4 dan 5)
* Benang gelendung / bobbin : benang bobbin (1kg, 1/2 kg atau 2kg)
* Nyatakan juga bahawa memerlukan perkhidmatan pengeposan ke alamat          tertentu.

2) Menalifon syarikat dan memberitahu bahawa satu email meminta sebut harga telah dihantar ke alamt email di atas dan meminta mereka maklum dan menyemak.

3) Setelah menerima sebut harga dari pihak syarikat, membuat bayaran dan menghantar bukti pembayaran kepada syarikat melalui email yang sama.

4) Talifon syarikat dan maklum bayaran untuk pembelian dari email sekian telah dibuat dan bukti bayaran telah diemail kembali untuk rujukan syarikat.

Setelah 4 langkah di atas selesai, kita hanya tunggu pesanan pembelian dihantar ke muka pintu oleh syarikat penghantaran 'SKYNET'.

Senang dan mudah bukan?
Baiklah, bagi kalian yang ingin membeli tetapi tidak tahu kod benang sulaman yang ingin dibeli, kalian boleh whatsapp cik azue di nombor 013-2700020 bagi memperolehi kod warna benang sulaman. Nanti sila maklumkan dalam email kalian jika kalian mahu katalog kod warna benang sulaman dari pihak syarikat di pos sekali dengan benang belian.



Nota gambar.
1 dan 2 - Benang sulaman yang dibeli cik azue
3 - Alamat cawangan Kuala Lumpur
4 dan 5 - Katalog benang sulaman.

Alamat cawangan Pulau Pinang
No.88, 1st Floor, Jalan Kota Permai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Tel: 04-5079396 / 04-5079395

Alamat cawangan Johor.
No 13, Jalan Dedaru, Taman Nira, 83000 Batu Pahat, Johor.
Tel: 07-4337173

Diharap panduan ini memberi manfaat. Hingga di lain entri.

Wasalam.



5 comments:

  1. Assalam..terima kasih Cik Azue. Saya pernah beli benang putih melalui email yg Cik Azue share sebelum ni. Terima kasih byk2 ya. Tak sangka ada macam2 warna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.
      Alhamdulillah dah dapat beli walau melalui perkongsi di email ye. Ya ada banyak warna. Jika nak tahu code warna boleh email semula ya. Nanti cik azue bagi code nya.
      Walau apa pun Cik Azue doakan semoga terus berjaya ya.

      Delete
  2. Assalammualaikum cik azue, untuk benang sulam die ade berape size yee..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.

      minta maaf, rasanya satu saiz sahaja bagi benang sulaman.

      Delete
  3. Assalammualaikum cik azue, untuk benang sulam die ade berape size yee..??

    ReplyDelete