Thursday, 16 April 2015

Seni Sulaman dan pecahannya

Entri: # 2
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Seni sulaman sebenarnya terbahagi kepada dua, iaitu seni sulaman tangan dan seni sulaman mesin.

Sulaman tangan menggunakan peralatan seperti ram atau penegang kain, benang atau riben, jarum jahit tangan, kain, pen atau pensil untuk melukis imej serta kemahiran menyulam.

Bagi sulaman mesin, ia terpecah lagi kepada dua (2) bahagian, iaitu sulaman mesin manual dan sulaman mesin berkomputer.

Peralatan yang diperlukan oleh sulaman mesin adalah tidak jauh berbeza daripada peralatan yang diguna pakai semasa membuat sulaman tangan.
Yang berbeza cuma pada sulaman mesin berkomputer, di mana di sini terdapat keperluan untuk menambah komputer atau komputer riba sebagai sebahagian daripada peralatan bagi memulakan aktiviti sulaman.

Di blog ini, paparan yang akan dipamerkan nanti adalah merupakan hasil sulaman mesin berkomputer serta  sulaman tangan.

Bagi setiap jenis kategori sulaman (samada sulaman tangan atau sulaman mesin), terdapat dua (2) pecahan lagi, iaitu samada sulaman penuh atau sulaman tampal hias.

Seni kreatif yang terhasil, adalah menggunakan salah satu kategori atau pun gabungan kedua-dua kategori sulaman ini seperti contoh gambar di bawah ini.

Sulaman set bantal kereta ini menggunakan teknik sulaman tampal hias

Sulaman tuala ini menggunakan gabungan teknik sulaman tampal hias serta teknik sulaman penuh.

Diharap penerangan entri kali ini dapat memberikan penjelasan mengenai sulaman kepada kalian.

Sehingga di lain waktu, maafkan cik azue, doakan cik azue.


Wasalam

2 comments:

  1. tp nk kene ada minat n peralatan yg lengkap jgk kan kak... kalu dana ntah jd ke idak gamaknyer...
    jht lurus ngn mesen pun blh senget... camne tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. norhidana miswan, tak semestinya tak pandai jahit lurus tak boleh jahit sulaman.

      Delete