Monday, 27 April 2015

Sulaman Mesin, 6 Perkara Asas Yang perlu Difahami

Entri: # 6
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad



 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Hari ini cik azue menyambung semula entri blog mengenai sulaman.
Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dipelajari dan difahami sebelum kita bermula dengan menyulam.





Hanya dengan mengenali beberapa perkara asas mengenai mesin sulam yang kita miliki serta beberapa kelengkapan lain, alhamdulillah, kita akan dapat menghasilkan beberapa hasil sulaman yang boleh dan dapat dibanggakan nanti.

Perkara-perkara asas yang perlu kita pelajari dan fahami adalah 

1) Kenali dan fahami mesin sulam itu sendiri.
    - bagaimana untuk kita menghidupkan dan menyediakan mesin sulaman 
      (menggunakan tapak mesin untuk menyulam, memasang jarum serta 
      memasang unit menyulam ke mesin) dan seterusnya memulakan 
      jahitan sulaman.
    - bagaimana memilih dan memuat naik imej sulaman dan seterusnya 
      memilih pemidang sulaman.
    - bagaimana untuk menyediakan kain di pemidang sulaman 
      serta bagaimana pula memasang pemidang sulaman ke mesin.
    - bagaimana memasang benang sulaman dan benang gelendung.

2) Benang yang akan digunakan
    - Benang sulaman
    - Benang gelendung

3) Pemilihan jarum mesin bagi kegunaan sulaman
    - adalah diingatkan, semakin halus saiz jarum sulaman yang digunakan, 
      semakin tepat dan jitu hasil sulaman yang akan terhasil. Walau bagaimana 
      pun, bergantung fabrik ada kalanya, penggunaan jarum juga harus 
      selaras dengan fabrik.

4) Penyediaan kain di pemidang sulaman.
    - Kain atau fabrik tidak terlalu tegang atau terlalu kendur.
    - Pemilihan penstabil atau pemantap fabrik yang bersesuaian dan 
      bertepatan
    - Lain-lain bahan yang perlu dikepilkan bersama di pemidang sulaman

5) Imej dan teknik sulaman
    - Tidak semua imej sulaman dapat dijahit dan menghasilkan produk akhir 
      yang kita hajati. Terdapat pelbagai teknik bagi menghasilkan hasil sulaman 
      yang bersesuaian dengan pemilihan fabrik dan produk akhir nanti. 
    - Kenali mesin bagi mendapatkan jenis imej sulaman yang menepati mesin 
      sulaman kita.

6) Perkara-perkara berbangkit berkaitan sulaman
    - Masalah jarum patah ketika bermula
    - Benang kusut atau tergumpal
    - Imej sulaman 'tenggelam' ke dalam fabrik yang disulam
    - Benang bawah muncul atau naik ke permukaan sulaman


Perbendaharaan kata:
a) gelendung = bobbin
b) Pemidang = frame / hoop
c) Penstabil / Pemantap = stabilizer / interfacing

Suka cik azue mengingatkan bahawa yang tertulis ini adalah berdasarkan pengalaman cik azue memulakan aktiviti sulaman tanpa menghadiri mana-mana kelas sulaman berbayar.


Thursday, 23 April 2015

Tips Memilih Mesin Jahit Sulaman

Entri: # 5
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Mesin jahit sulam cik azue, model: 'Brother NV1500'


Hari ini cik azue berkongsi tips bagi memilih mesin jahit sulaman. Aset terbesar dan terpenting serta termahal bagi kalian yang ingin menceburi bidang menjahit sulaman dengan menggunakan mesin sulam berkomputer.

Kalian pula boleh baca tips dari cik azue dari perkongsian di sini.

Perkongsian di bawah nanti pula merupakan tips bagi memilih dan membeli mesin jahit sulaman dari rakan-rakan maya yang sememangnya menjalankan perniagaan bisnes menjual mesin dan peralatan menjahit. Secara amnya, dapat Cik azue simpulkan, bagi memilih mesin jahit sulaman, kita perlu ada dan tahu

1) bajet RM yang dimiliki bagi membeli mesin jahitan sulaman
2) jenis mesin sulam yang ingin dimiliki berdasarkan skop kerja akhir yang ingin kita buat nanti.

Mari kita baca tips yang dikongsi oleh rakan-rakan cik azue pula seperti yang mereka kongsi di 'facebook' cik azue.

Tips ini adalah daripada Tuan ShahPutra, dari 'sewingmachinedotmy'.
"Mesin Baru
1. Bandingkan harga setiap brand. Bagi mesin portable sulam, brand yang famous adalah Brother, Janome dan Singer. Dari segi harga brand Brother adalah lebih berbaloi untuk harga, kualiti dan spesification
2. Kenali penjual anda. Pastikan penjual anda boleh beri support dari segi tunjuk ajar. Lebih elok penjual tersebut memang menjalankan bisnes menjual mesin mesin jahit dan mesin sulam. Bukan penjual menjual pelbagai produk seperti pasaraya atau online shopping website yg menjual pelbagai barang. Mereka tidak dapat support anda jika ada sebarang pertanyaan/tunjuk ajar/servis/warranty berkaitan dengan mesin
3. Kebanyakkan penjual mesin sulam menjual pakej sekali dengan software sulaman. Pastikan software sulaman yg diberikan mudah dan berkualiti digunakan. Pastikan penjual tersebut tahu menggunakan software tersebut dan dapat beri tunjuk ajar. Minta contoh hasil jika perlu. Tidak cadang beli software secara asing kerana harga kos anda akan jadi lebih tinggi.
4. Periksa maksimum saiz sulaman yg anda akan buat untuk produk2 sulaman anda. Jika saiz produk sulaman yg anda ingin hasilkan besar, bermakna budget anda perlu lebih. Ini kerana harga setiap model bergantung pada saiz maksimum sulaman. Makin mahal mesin makin besar saiz sulaman yg boleh dibuat
5. Periksa produktiviti yg anda ingin buat dalam sehari. Harga setiap model mesin sulam juga bergantung pada kelajuan mesin. Makin mahal mesin makin laju mesin tersebut.
6. Ikut budget dan keperluan yg saya sebutkan di atas.
7. Cek warranty brand tersebut. Ada brand warranty meliputi hampir keseluruhan mesin dan ada warranty pada motor saja

Mesin Secondhand
1. Pastikan harga tidak lebih 60% dari harga mesin baru. Jika lebih, lebih baik beli mesin baru. Pandai nilai harga mengikut usia dan kondisi mesin.
2. Pastikan model yg hendak dibeli masih belum discontinued dan masih dijual di pasaran Malaysia. Jika sudah discontinued, cek spare-part mudah di dapati di Malaysia atau tidak. Tidak cadangkan untuk model2 yg terlalu lama atau model pelik2 dari luar negara. Takut susah dapat spare part
3. Jika beli secara peribadi, minta contact pejual mesin tersebut. Mudah untuk anda refer jika ada masalah mesin. Jika beli dengan company, pastikan company tersebut boleh servis mesin anda pada masa akan datang.
4. Periksa sendiri kondisi mesin tersebut jika perlu. Lihat secara depan mata jika penjual dekat dengan tempat anda. Minta video mesin tengah running jika ingin beli secara postage

Model yg dicadangkan ikut budget dan keperluan

Budget RM2k-RM3.5K
- Model Brother NV950E / NV980K / NV980D / NV95E
- Saiz sulaman maksimum 100mm x 100mm
- Kelajuan mesin 450spm (jahitan seminit)

Budget RM5k-RM15K
- Model Brother NV750E / V3 / NV1500D / NV4000D
- Saiz sulaman maksimum 130mm x 180mm / 160mm x 260mm / 180mm x 300mm
- Kelajuan mesin 650spm / 850spm / 1050spm (jahitan seminit)

Budget RM30k-RM50k
- Model Brother PR650E / PR1000E
- Saiz sulaman maksimum 200 x 300mm / 200 x 360mm
- Kelajuan mesin 1050spm (jahitan seminit)
- 6 jarum / 10 jarum (pertukaran benang secara automatic)"


Manakala yang berikut pula adalah dari Puan Sheila Wahid dari 'My Mesin Jahit'.
"Antara ciri-ciri yang perlu dilihat adalah :
1. Sesuai dengan bajet,
2. portable atau industri,
3. hasil/kekemasan sulaman,
4. speed,
5. saiz hoop
6. ruangan sulaman
7. Pusat servis mesin
8. Cara pengendalian"


Puan Asiah pula menyatakan bahawa "Yg penting budget yg perlu dikeluarkan utk membeli sesuatu mesin sulam.. baru boleh kita kaji model mesin sulam yg sesuai..." 

Bagi cik Ruzila Kasim pula "1st tanya mesin utk jahit baju atau kraf... tu yg penting... kalu kraf banyak craft... sulam quilt n patchwork or jahit lurus... so dari situ kita decide mana yg sesuai dgn budget... if 2nd pls make sure machine in good condition... murah mmg murah tapi kalu maintenance tinggi better beli yg baru... pendapat peribadi tukang jahit n crafter keperluan mesin jahit dia berbeza.
From my view as user.. saya ada mesin industri tetapi keperluan saya banyak kepada craft... so mesin yg selalu saya gunakan adalah portable... sbb tu saya selalu tekankan tukang jahit n crafter totally diff... mungkin pandangan org yg x jahit tengok cam sama tapi bila dah berada dlm situasi tu baru tau hal sebenar... diri sendiri yg tentukan apa keperluan... kalu tanya pendapat seller mesti ada bias Azuriyah Mohamad .... jadi saya hanya bagi pendapat as end user not seller... seller can promote anything but user has choice to choose.
if machine yg 2nd good condition n low maintenance go ahead if not better not.
2nd very hard to say, if seller sell within warranty period at least we can claim , sbb tu saya x jual my machine even org tanya sbb saya x nak people demand, better jadi tukun sbb i takut kena sumpah seranah.
if price 2nd tu really up 70%, boleh pejam mata Azuriyah Mohamad , at least kalu rugi pun 30% plus maint plus minus 20% ok la".


Dan seorang lagi rakan cik azue, cik puan Nieza Rahim berkata, "Jemput le singgah dan like page saya ye. Tq."


Semoga perkongsian tips ini dapat memberi sedikit panduan buat kalian dalam memilih mesin jahit sulaman yang bersesuaian.

Wasalam.

40

Entri: # 4
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad
Sumber: Google Statistik, Nuffnang, SEObook 


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


jahitan sulam tampal
sulaman tampal cantum
fabrik stabilizer dan plastik sulaman
pengalaman berniaga menjahit
seni kraf felt dan sulam nama
bisnes jahit sulam
cara buat bantal hiasan
persediaan mesin sulam
belajar jahitan sulam
sulaman atas tuala
imej sulaman mesin
asas sulaman mesin
sulam tampal
bingkai sulaman 'brother'
azuriyahmohamad.blogspot
sulam tanda nama
cara jahit cadar sulam
corak sulaman mesin
sulaman mesin jahit
sulam mesin
kelas sulaman mesin
sulaman kerawang
contoh jahitan sulaman mesin
mesin jahit sulaman berkomputer
tempahan tanda nama sulam
sulaman nama
sulaman nametag sekolah
sulaman nama di tuala
sulaman nama di baju
sulam tuala hantaran
sulam tuala hadiah
sulaman tampal hias
benang sulaman mesin
sulaman telekung
sulaman sarung bantal
tempahan sulaman
kelas sulaman online
cenderahati sulaman
sulaman patches
sulaman applique
sulam atas t-shirt
sulaman 3D

Monday, 20 April 2015

Latar Belakang Diri Dan Pengalaman Menyulam

Entri: # 3
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Cik azue bermula dari secara sambilan sahaja di awal pembabitan cik azue dengan sulaman dan seni kreatif ini.

Seawal tahun 2006, ianya bermula sebagai hobi suka-suka sahaja. sekarang, siapa sangka, cik azue sudah menapak jauh dalam bidang sulaman dan seni kreatif ini secara serius.

Di awal pembabitan, cik azue hanyalah menghasilkan bantal-bantal berkarektor serta selimut tampal cantum sahaja. Namun sekarang ini, cik azue telah jauh menjangkaui skop sulaman dan seni kreatif ini dalam penghasilan produk tempahan.

Alhamdulillah, berkat sokongan dari semua, cik azue memulakan perniagaan atas talian yang beroperasi dari rumah ini semenjak tahun 2009 lagi, namun pada tahun 2012, cik azue mula memfokuskan pada perniagaan berasaskan jahitan sulaman dan seni kreatif ini sahaja.

Disertakan serba sedikit latar belakang cik azue untuk kalian yang baru mengenali cik azue.

Nama: Azuriyah Mohamad
Nama (kad pengenalan): Tengku Azuriyah Binti Tengku Mohamad
Panggilan: Cik Azue
Umur: 39 Tahun (2015)
Tempoh WAHM: Setahun (bermula April 2014)
Kepakaran: Seni jahitan sulaman mesin dan seni jahitan kreatif


Berikut pula biodata perniagaan sulaman yang cik azue jalankan.

Nama Perniagaan: Keraih Lengan Kuazue
No Pendaftaran SSM: 002376976-K
Jenis Perniagaan: Kraftangan dan Jahitan berasaskan sulaman
Kategori Bisnes: Bisnes Online (SOHO di kediaman)
Target Pasaran: Kumpulan Berpendapatan rendah dan sederhana.
FanPage Jualan: https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue
Url Blog Bisnes: http://kraftangankuazue.blogspot.com (sedang di kemas kini)
Alamat email: kuazue@gmail.com 

No Tel, Telegram & Whatsapp: 013-2700020


Bermula sebagai penjahit sulaman di awal tahun 2012, banyak perkara terjadi dan dipelajari dalam tempoh proses penyesuaian diri. 

Cabaran baru bermula. Banyak perkara melibatkan aspek kefahaman mesin sulam serta teknik sulaman yang baik juga terawang-awangan ketika itu. Pendek kata, tiada tunjuk ajar sebenar secara formal yang dihadiri. Kemudian, cabaran dalam mendapatkan sumber bahan mentah bagi aktiviti sulaman serta cabaran dalam menentukan harga akhir produk siap. Semuanya suatu cabaran yang nak tak nak, cik azue kena juga hadapi.

Berdikit-dikit, cik azue dan suami belajar dari segala medium yang boleh secara maya. Bukan tidak mahu menghadirkan diri ke kelas yang ada, namun sebagai pekerja bermajikan, cik azue terikat dengan etika pekerjaan ketika itu.
Dan juga pada waktu dan ketika itu, kelas-kelas belajar sulaman semuanya secara fizikal dan juga berada di luar lingkungan cik azue serta memerlukan kos yang agak tinggi.

Setelah agak selesa dengan penggunaan mesin sulam, tempahan pukal pertama cik azue terima adalah projek bantal berkarektor "Burung Hantu" anjuran 'GCDC Putrajaya' bagi acara " Great Cloth Diaper Changing". 

Bermula dari tempahan inilah, cik azue mula memasuki pasaran perniagaan internet secara sambilan tetapi serius. Melalui latihan sulaman cik azue mula menambah koleksi kategori sulaman untuk tempahan. Dari bantal-bantal berkarektor, bantal-bantal hiasan, tempahan sulaman tuala seterusnya tempahan sulaman tanda nama.

Disebalik setiap produk di dalam kategori sulaman yang cik azue tawarkan, terselit seribu satu pengalaman yang mengajar cik azue untuk semakin menghasilkan produk seni sulaman dan seni kreatif dengan lebih baik.

Pada April 2014, cik azue telah berjaya keluar dari zon selesa dengan menjadi WAHM dan menceburi bidang perniagaan ini secara sepenuhnya. Cik azue masih lagi menjalankan perniagaan ini secara maya dan beroperasi dari rumah dan sesungguhnya beroperasi dari rumah ini lebih selesa untuk cik azue berkarya.

Menjadi seorang WAHM dan bekerja dari rumah, cabaran terbesar adalah cabaran dalam menyeimbangkan keperluan perniagaan dan keperluan keluarga.
Namun, dengan jadual kerja yang tidak terikat dan semuanya secara online, cik azue boleh mengatasinya. Terima kasih juga buat para pelanggan yang memahami serta tunjuk ajar dari tim Akademi Bekerja Dari Rumah.

Berkat belajar dari pengalaman sendiri serta latih tubi dari panduan yang diberi oleh rakan-rakan sealiran (terima kasih teman), apa yang boleh dirumuskan sekarang ini, cik azue dan rakan kongsi (encik suami) sudah dikira mahir dalam menghasilkan produk berasaskan sulaman ini. In shaa Allah, apa sahaja konsep seni kreatif yang dihajati oleh bakal pelanggan dapat kami perhalusi dan realisasikan.

Terkini, setelah tiga (3) tahun berkecimpung dalam bidang ini, cik azue sedang merangka silibus pembelajaran bagi pembelajaran sulaman, hasil dari pengalaman cik azue sendiri. Mengambil pendekatan pengalaman lalu, cik azue akan menawarkan sistem pembelajaran secara maya. Cik azue yakin, ramai dikalangan kalian yang menghadapi kesukaran dalam mencari kelas-kelas sulaman ini, sama seperti masa awal-awal pembabitan cik azue dahulu.

Doakan cik azue ya, diberi kemudahan dan kesihatan. Semoga kelas dan silibus yang cik azue buat dapat membantu dan memberi sedikit manfaat buat semua.

Wasalam



Thursday, 16 April 2015

Seni Sulaman dan pecahannya

Entri: # 2
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Seni sulaman sebenarnya terbahagi kepada dua, iaitu seni sulaman tangan dan seni sulaman mesin.

Sulaman tangan menggunakan peralatan seperti ram atau penegang kain, benang atau riben, jarum jahit tangan, kain, pen atau pensil untuk melukis imej serta kemahiran menyulam.

Bagi sulaman mesin, ia terpecah lagi kepada dua (2) bahagian, iaitu sulaman mesin manual dan sulaman mesin berkomputer.

Peralatan yang diperlukan oleh sulaman mesin adalah tidak jauh berbeza daripada peralatan yang diguna pakai semasa membuat sulaman tangan.
Yang berbeza cuma pada sulaman mesin berkomputer, di mana di sini terdapat keperluan untuk menambah komputer atau komputer riba sebagai sebahagian daripada peralatan bagi memulakan aktiviti sulaman.

Di blog ini, paparan yang akan dipamerkan nanti adalah merupakan hasil sulaman mesin berkomputer serta  sulaman tangan.

Bagi setiap jenis kategori sulaman (samada sulaman tangan atau sulaman mesin), terdapat dua (2) pecahan lagi, iaitu samada sulaman penuh atau sulaman tampal hias.

Seni kreatif yang terhasil, adalah menggunakan salah satu kategori atau pun gabungan kedua-dua kategori sulaman ini seperti contoh gambar di bawah ini.

Sulaman set bantal kereta ini menggunakan teknik sulaman tampal hias

Sulaman tuala ini menggunakan gabungan teknik sulaman tampal hias serta teknik sulaman penuh.

Diharap penerangan entri kali ini dapat memberikan penjelasan mengenai sulaman kepada kalian.

Sehingga di lain waktu, maafkan cik azue, doakan cik azue.


Wasalam

Wednesday, 15 April 2015

Salam Perkenalan dan Salam Pertemuan

Entri: # 1
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam kasih sayang. Alhamdulillah, akhirnya, dapat juga cik azue memenuhi impian membina satu lagi blog yang hanya memfokuskan kepada kecintaan cik azue pada seni sulaman dan seni kreatif yang telah cik azue warisi dengan tanpa sedar dari bakat seni, almarhum bonda tercinta. Al Fatihah buat ayahanda dan bonda, semoga kalian berdua tenang dan dalam rahmat Ilahi.

Selamat datang dan salam perkenalan buat semua yang sudi bertandang.
Blog ini hanya akan memfokuskan kepada seni sulaman dan seni kreatif yang sedang diusahakan oleh cik azue.

Cik azue atau nama penuhnya, Tengku Azuriyah binti Tengku Mohamad, dan juga lebih senang untuk dikenali sebagai Azuriyah Mohamad, merupakan tuan punya blog, "Sulaman dan Seni Kreatif" ini. Blog ini diusahakan oleh diri cik azue sendiri, oleh sebab itu, setiap entri di dalam blog ini merupakan hasil kerja tangan cik azue sendiri.

Seperti yang dimaklumkan di awal entri di atas, sulaman dan seni kreatif ini adalah kesinambungan dari kecenderungan almarhum bonda, yang sangat meminati seni jahitan kreatif dan seni sulaman.

Cik azue mula menghasilkan produk berasaskan seni jahitan kreatif dan sulaman ini sebenarnya adalah pada tahun 2006, iaitu, pada tahun yang sama ayahanda dijemput Ilahi pulang, hanya secara suka-suka bagi memenuhi dan mengambil hati bonda yang rawan ketika itu.

Bermula hanya sebagai hobi suka-suka untuk mengambil hati bonda, kemudian seterusnya, pada tahun 2011, ianya bertukar terus menjadi hobi buat pengubat rindu pada setiap kenangan bersama bonda. 

Dan pada setiap kerinduan, cik azue akan melakarkan ianya menjadi satu hasilan kraf, yang memberi impak kepuasan dalam meleraikan kerinduan tersebut. Maka, dari sinilah terhasilnya cogan kata perniagaan ini; 

"Dijahit dari hati untuk hati buat mengingati".

Bermula dengan menghasilkan bantal-bantal sulaman berkarektor dan selimut tampal cantum sebagai hadiah buat keluarga dan teman rapat, cik azue sekarang, alhamdulillah telah memulakan perniagaan berasaskan sulaman dan seni kreatif ini secara atas talian dan beroperasi secara dirumah sahaja.

Berikut adalah hasilan produk sulaman dan seni kreatif yang telah cik azue buat hasil tempahan kalian, rakan alam maya serta kenalan rapat.

Bantal karektor burung hantu

Selimut tampal cantum bersulam tampal hias

Set Bantal kereta bersulam imej - tempahan Tuan Apit dari fizgraphic.com

Tempahan sulaman tuala budak/bayi

Tempahan sulaman tanda nama


Bantal karektor bersulam


Di blog ini kemudian nanti, akan cik azue kongsikan bagaimana cik azue menghasilkan setiap produk bagi setiap tempahan.

Semoga perkongsian cik azue di blog ini nanti dapat memberi manfaat buat kita bersama.

Sebelum cik azue mengundurkan diri dari entri julung kali ini, sukalah di hati cik azue untuk mengingatkan, bagi kalian yang ingin berkongsi mana-mana gambar atau tutorial dari blog ini, sila maklumkan sahaja di ruangan komen pada setiap entri atau email makluman kepada cik azue (email: azuriyahmohamad@gmail.com) supaya tiada hal-hal berbangkit dikemudian hari.

Sampai sini dulu buat kali ini. Sehingga bertemu di lain kali.

Maafkan cik azue, doakan cik azue. 

Terima kasih dan Wasalam.