Monday, 20 April 2015

Latar Belakang Diri Dan Pengalaman Menyulam

Entri: # 3
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Cik azue bermula dari secara sambilan sahaja di awal pembabitan cik azue dengan sulaman dan seni kreatif ini.

Seawal tahun 2006, ianya bermula sebagai hobi suka-suka sahaja. sekarang, siapa sangka, cik azue sudah menapak jauh dalam bidang sulaman dan seni kreatif ini secara serius.

Di awal pembabitan, cik azue hanyalah menghasilkan bantal-bantal berkarektor serta selimut tampal cantum sahaja. Namun sekarang ini, cik azue telah jauh menjangkaui skop sulaman dan seni kreatif ini dalam penghasilan produk tempahan.

Alhamdulillah, berkat sokongan dari semua, cik azue memulakan perniagaan atas talian yang beroperasi dari rumah ini semenjak tahun 2009 lagi, namun pada tahun 2012, cik azue mula memfokuskan pada perniagaan berasaskan jahitan sulaman dan seni kreatif ini sahaja.

Disertakan serba sedikit latar belakang cik azue untuk kalian yang baru mengenali cik azue.

Nama: Azuriyah Mohamad
Nama (kad pengenalan): Tengku Azuriyah Binti Tengku Mohamad
Panggilan: Cik Azue
Umur: 39 Tahun (2015)
Tempoh WAHM: Setahun (bermula April 2014)
Kepakaran: Seni jahitan sulaman mesin dan seni jahitan kreatif


Berikut pula biodata perniagaan sulaman yang cik azue jalankan.

Nama Perniagaan: Keraih Lengan Kuazue
No Pendaftaran SSM: 002376976-K
Jenis Perniagaan: Kraftangan dan Jahitan berasaskan sulaman
Kategori Bisnes: Bisnes Online (SOHO di kediaman)
Target Pasaran: Kumpulan Berpendapatan rendah dan sederhana.
FanPage Jualan: https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue
Url Blog Bisnes: http://kraftangankuazue.blogspot.com (sedang di kemas kini)
Alamat email: kuazue@gmail.com 

No Tel, Telegram & Whatsapp: 013-2700020


Bermula sebagai penjahit sulaman di awal tahun 2012, banyak perkara terjadi dan dipelajari dalam tempoh proses penyesuaian diri. 

Cabaran baru bermula. Banyak perkara melibatkan aspek kefahaman mesin sulam serta teknik sulaman yang baik juga terawang-awangan ketika itu. Pendek kata, tiada tunjuk ajar sebenar secara formal yang dihadiri. Kemudian, cabaran dalam mendapatkan sumber bahan mentah bagi aktiviti sulaman serta cabaran dalam menentukan harga akhir produk siap. Semuanya suatu cabaran yang nak tak nak, cik azue kena juga hadapi.

Berdikit-dikit, cik azue dan suami belajar dari segala medium yang boleh secara maya. Bukan tidak mahu menghadirkan diri ke kelas yang ada, namun sebagai pekerja bermajikan, cik azue terikat dengan etika pekerjaan ketika itu.
Dan juga pada waktu dan ketika itu, kelas-kelas belajar sulaman semuanya secara fizikal dan juga berada di luar lingkungan cik azue serta memerlukan kos yang agak tinggi.

Setelah agak selesa dengan penggunaan mesin sulam, tempahan pukal pertama cik azue terima adalah projek bantal berkarektor "Burung Hantu" anjuran 'GCDC Putrajaya' bagi acara " Great Cloth Diaper Changing". 

Bermula dari tempahan inilah, cik azue mula memasuki pasaran perniagaan internet secara sambilan tetapi serius. Melalui latihan sulaman cik azue mula menambah koleksi kategori sulaman untuk tempahan. Dari bantal-bantal berkarektor, bantal-bantal hiasan, tempahan sulaman tuala seterusnya tempahan sulaman tanda nama.

Disebalik setiap produk di dalam kategori sulaman yang cik azue tawarkan, terselit seribu satu pengalaman yang mengajar cik azue untuk semakin menghasilkan produk seni sulaman dan seni kreatif dengan lebih baik.

Pada April 2014, cik azue telah berjaya keluar dari zon selesa dengan menjadi WAHM dan menceburi bidang perniagaan ini secara sepenuhnya. Cik azue masih lagi menjalankan perniagaan ini secara maya dan beroperasi dari rumah dan sesungguhnya beroperasi dari rumah ini lebih selesa untuk cik azue berkarya.

Menjadi seorang WAHM dan bekerja dari rumah, cabaran terbesar adalah cabaran dalam menyeimbangkan keperluan perniagaan dan keperluan keluarga.
Namun, dengan jadual kerja yang tidak terikat dan semuanya secara online, cik azue boleh mengatasinya. Terima kasih juga buat para pelanggan yang memahami serta tunjuk ajar dari tim Akademi Bekerja Dari Rumah.

Berkat belajar dari pengalaman sendiri serta latih tubi dari panduan yang diberi oleh rakan-rakan sealiran (terima kasih teman), apa yang boleh dirumuskan sekarang ini, cik azue dan rakan kongsi (encik suami) sudah dikira mahir dalam menghasilkan produk berasaskan sulaman ini. In shaa Allah, apa sahaja konsep seni kreatif yang dihajati oleh bakal pelanggan dapat kami perhalusi dan realisasikan.

Terkini, setelah tiga (3) tahun berkecimpung dalam bidang ini, cik azue sedang merangka silibus pembelajaran bagi pembelajaran sulaman, hasil dari pengalaman cik azue sendiri. Mengambil pendekatan pengalaman lalu, cik azue akan menawarkan sistem pembelajaran secara maya. Cik azue yakin, ramai dikalangan kalian yang menghadapi kesukaran dalam mencari kelas-kelas sulaman ini, sama seperti masa awal-awal pembabitan cik azue dahulu.

Doakan cik azue ya, diberi kemudahan dan kesihatan. Semoga kelas dan silibus yang cik azue buat dapat membantu dan memberi sedikit manfaat buat semua.

Wasalam



No comments:

Post a Comment