Entri: # 6
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Hari ini cik azue menyambung semula entri blog mengenai sulaman.
Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dipelajari dan difahami sebelum kita bermula dengan menyulam.
Hanya dengan mengenali beberapa perkara asas mengenai mesin sulam yang kita miliki serta beberapa kelengkapan lain, alhamdulillah, kita akan dapat menghasilkan beberapa hasil sulaman yang boleh dan dapat dibanggakan nanti.
Perkara-perkara asas yang perlu kita pelajari dan fahami adalah
1) Kenali dan fahami mesin sulam itu sendiri.
- bagaimana untuk kita menghidupkan dan menyediakan mesin sulaman
(menggunakan tapak mesin untuk menyulam, memasang jarum serta
memasang unit menyulam ke mesin) dan seterusnya memulakan
jahitan sulaman.
- bagaimana memilih dan memuat naik imej sulaman dan seterusnya
memilih pemidang sulaman.
- bagaimana untuk menyediakan kain di pemidang sulaman
serta bagaimana pula memasang pemidang sulaman ke mesin.
- bagaimana memasang benang sulaman dan benang gelendung.
2) Benang yang akan digunakan
- Benang sulaman
- Benang gelendung
3) Pemilihan jarum mesin bagi kegunaan sulaman
- adalah diingatkan, semakin halus saiz jarum sulaman yang digunakan,
semakin tepat dan jitu hasil sulaman yang akan terhasil. Walau bagaimana
pun, bergantung fabrik ada kalanya, penggunaan jarum juga harus
selaras dengan fabrik.
4) Penyediaan kain di pemidang sulaman.
- Kain atau fabrik tidak terlalu tegang atau terlalu kendur.
- Pemilihan penstabil atau pemantap fabrik yang bersesuaian dan
bertepatan
- Lain-lain bahan yang perlu dikepilkan bersama di pemidang sulaman
5) Imej dan teknik sulaman
- Tidak semua imej sulaman dapat dijahit dan menghasilkan produk akhir
yang kita hajati. Terdapat pelbagai teknik bagi menghasilkan hasil sulaman
yang bersesuaian dengan pemilihan fabrik dan produk akhir nanti.
- Kenali mesin bagi mendapatkan jenis imej sulaman yang menepati mesin
sulaman kita.
6) Perkara-perkara berbangkit berkaitan sulaman
- Masalah jarum patah ketika bermula
- Benang kusut atau tergumpal
- Imej sulaman 'tenggelam' ke dalam fabrik yang disulam
- Benang bawah muncul atau naik ke permukaan sulaman
Perbendaharaan kata:
a) gelendung = bobbin
b) Pemidang = frame / hoop
c) Penstabil / Pemantap = stabilizer / interfacing
Suka cik azue mengingatkan bahawa yang tertulis ini adalah berdasarkan pengalaman cik azue memulakan aktiviti sulaman tanpa menghadiri mana-mana kelas sulaman berbayar.
No comments:
Post a Comment