Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Muharram 08, 1439H
Salam kasih sayang buat semua.
Alhamdulillah atas izin Ilahi, cik azue dapat kembali menggerakkan jari untuk menaip semula di blog ini. Hampir 2 tahun sela lamanya tidak menulis langsung di sini. Alhamdulillah atas nikmat ujian kesihatan yang dikurniakan Ilahi.
Bagi menyambung semula entri tertunggak, cik azue mulakan dulu dengan entri tentang katalog benang sulam jenama Fufus dari syarikat TOP Concord seperti mana entri lama di sini . Kalian boleh rujuk bagi cara belian secara online.
Oleh kerana ramai yang sudi menghantar email dan pesanan melalui aplikasi 'whatsapp' tentang katalog warna benang sulaman ini, maka di sini cik azue mengambil kesempatan menulis balik tentang katalog ini.
Mudah bukan?
Diharap dengan tertulisnya entri tertunggak ini dapatlah cik azue membantu kalian mendapatkan stok benang sulaman jenama ini.
Hingga di lain entri.
Wasalam
No comments:
Post a Comment